fb fb fb fb fb

Messi sumbat dua gol bantu Inter Miami menang 4-0 ke atas Atlanta

(FOTO REUTERS)

FORT LAUDERDALE, 26 Julai- Kehadiran Lionel Messi di Inter Miami terus menghadirkan impak apabila pemain Argentina itu menyumbat dua gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Atlanta United pada Selasa sekali gus melayakkan pasukannya ke pusingan kalah mati Piala Liga.

Messi yang disenaraikan dalam kesebelasan utama buat kali pertama untuk kelab baharunya itu nyata menjadi igauan ngeri buat pasukan lawan.

Kedua-dua gol jaringan Messi dihasilkan pada mint ke-8 dan 22 sementara pemain sayap Finland Robert Taylor muncul selaku penjaring masing-masing pada minit ke-44 dan 53.

"Setiap kali Leo menguasai bola, kami mempunyai beberapa pemain berlari di belakang dan itu mewujudkan banyak ruang untuk orang lain," kata Taylor.

"Dia boleh melakukan segala-galanya pada bola. Dia boleh menyimpannya dalam ruang yang terhad, dan dia membuat keputusan yang tepat 100 peratus pada masa itu,"katanya.-AFP


(FOTO REUTERS)

Media Baharu