(Pemain Australia, Mary Fowler)
BRISBANE, 26 Julai- Australia mengalami satu lagi tamparan hebat dalam aksi Piala Dunia Wanita kali ini apabila penyerangnya Mary Fowler, yang menggantikan Sam Kerr dalam perlawanan pembukaan turut diketepikan kerana kecederaan.
Penyerang Manchester City itu mengalami kecederaan ketika latihan dan tidak dapat beraksi berdepan Nigeria pada Khamis di Brisbane.
Sementara Kerr masih tidak dapat diturunkan akibat kecederaan betis.
Ketiadaan kapten Kerr dan Fowler, bermakna tugas penyerang Matilda disandarkan kepada satu-satunya pengganti iaitu Caitlin Foord dari Arsenal.
Pemain pertahanan Aivi Luik, yang merupakan pemain gantian menentang Ireland, turut diketepikan daripada perlawanan dengan Nigeria.
"Penyerang Mary Fowler dan pertahanan Aivi Luik tidak akan dapat hadir untuk pertembungan malam Khamis dengan Nigeria," kata tuan rumah bersama.
Kerr telah diketepikan daripada sekurang-kurangnya dua perlawanan pertama Australia, namun Matildaas tampak terdesak untuk mengerah keringat penyerang itu untuk perlawanan terakhir Kumpulan B, menentang Kanada pada 31 Julai di Melbourne.-AFP
(Pemain Australia, Mary Fowler)