fb fb fb fb fb

Messi ledak dua gol di Buenos Aires

Penyerang Argentina, Lionel Messi (kiri( dan pemain tengah Venezuela Leonardo Flores berebut bola semasa perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 Amerika Selatan antara Argentina dan Venezuela di stadium Mas Monumental di Buenos Aires, hari ini/Foto AFP

MONTEVIDEO, 5 September - Lionel Messi sekali lagi jadi wira Argentina apabila meledak dua gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Venezuela di Stadium Mas Monumental, Buenos Aires, awal pagi tadi.

Messi menjaringkan gol pada minit ke-39 dan 80 di depan 80,000 penyokong.

Aksi penuh emosi kerana ia kelayakan terakhir di laman sendiri buat kapten berusia 38 tahun itu sebelum menuju Piala Dunia 2026.

Uruguay pula melengkapkan pesta kelayakan selepas menundukkan Peru 3-0 di Montevideo.

Marcelo Bielsa kini mencatat sejarah membawa tiga pasukan berbeza ke Piala Dunia dengan kemenangan hasil jaringan Rodrigo Aguirre, Giorgian de Arrascaeta dan Federico Vinas.

Colombia tidak ketinggalan apabila mudah menewaskan Bolivia 3-0.

Paraguay melengkapkan senarai pasukan yang mara apabila seri tanpa jaringan menentang Ecuador sekali gus kembali ke pentas Piala Dunia selepas 14 tahun.

Brazil, Argentina, Uruguay, Colombia dan Paraguay kini sah antara enam wakil CONMEBOL ke Piala Dunia 2026. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN