MONTEVIDEO, 5 September – Uruguay kendalian Marcelo Bielsa mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Peru 3-0 di Estadio Centenario, awal pagi tadi.
Rodrigo Aguirre membuka jaringan pada minit ke-14 sebelum Giorgian de Arrascaeta dan Federico Vinas melengkapkan pesta gol buat skuad La Celeste di hadapan 60,000 penyokong tuan rumah.
Kemenangan itu menyaksikan Bielsa, 70, mencatat sejarah membawa tiga pasukan berbeza ke pentas Piala Dunia selepas Argentina (2002) dan Chile (2010).
Sementara itu, Colombia turut mara selepas menundukkan Bolivia 3-0 menerusi jaringan James Rodriguez, Jhon Cordoba dan Juan Fernando Quintero.
Paraguay pula hanya memerlukan keputusan seri, dan menepati sasaran apabila mengikat Ecuador 0-0 di laman sendiri.
Brazil dan juara bertahan Argentina lebih awal melayakkan diri, menjadikan enam wakil CONMEBOL kini sah beraksi di Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. - AFP