fb fb fb fb fb

Messi ledak dua gol, bantu Inter Miami ke pentas akhir Piala Liga

Foto Reuters

FLORIDA, 28 Ogos- Lionel Messi menjadi wira Inter Miami apabila meledak dua gol serta mencipta satu bantuan gol (assist) dalam tempoh 15 minit terakhir untuk membantu pasukannya menewaskan Orlando City 3-1 pada aksi separuh akhir Piala Liga di Fort Lauderdale, pagi tadi.

Miami, yang mara ke pentas akhir buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun akan berdepan sama ada Los Angeles Galaxy atau Seattle Sounders pada Ahad ini, dengan slot automatik ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara CONCACAF 2026 turut menjadi taruhan.

Telasco Segovia melengkapkan kemenangan menerusi gol ketiga pada masa kecederaan selepas gerakan satu-dua bersama Messi.

Messi terlebih dahulu menyempurnakan penalti pada minit ke-77 sebelum menambah satu lagi jaringan pada minit ke-88, hasil gandingan bersama Jordi Alba.

Orlando mendahului pada masa kecederaan babak pertama melalui Marco Pasalic selepas kesilapan benteng Miami.

Namun, harapan itu mula pudar apabila David Brekalo dibuang padang minit ke-74 susulan layangan kad kuning kedua.

Inter Miami, juara edisi 2023 kini berpeluang merangkul satu lagi trofi selain memastikan tiket ke pentas utama kejohanan benua itu. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM