NEW YORK, 28 Ogos- Carlos Alcaraz melangkah ke pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan pemain Itali, Mattia Bellucci, 6-1, 6-0, 6-3 pada Rabu.
Meski dibayangi kekalahan mengejut edisi lalu, Alcaraz berjaya bangkit menebus kekalahan dengan aksi bertenaga.
Pemain Sepanyol itu mempamerkan aksi dominan apabila mematahkan servis lawan sebanyak tujuh kali tanpa berdepan sebarang break point serta memenangi 86 peratus mata daripada servis pertamanya.
Pilihan kedua kejohanan itu, yang juga juara edisi 2022, memastikan tiada pengulangan nasib malang tahun lalu dengan memecahkan servis Bellucci dua kali di awal set pembukaan, menyerlahkan pukulan 'forehand' deras serta voli tajam.
Bellucci akhirnya mendapat sorakan penyokong selepas berjaya memungut satu kemenangan bagi mengelak kekalahan ‘bagel’ pada set pertama.
Namun, ia tidak cukup untuk menghalang Alcaraz daripada menutup set kedua dengan kemenangan sempurna 6-0.
Pemain Itali berusia 23 tahun itu terus bergelut mencari rentak dalam menghadapi ketegasan permainan Alcaraz dari garisan belakang, sekali gus memastikan kemenangan mudah buat bekas juara remaja dunia itu. -REUTERS