fb fb fb fb fb

Messi ikat kontrak bersama Inter Miami sehingga 2025

(FOTO AFP)

MIAMI, 16 Julai - Bintang Argentina Lionel Messi menandatangani kontrak bersama Inter Miami sehingga 2025.

Perkara itu disahkan oleh pasukan berkenaan semalam.

Penyerang berusia 36 tahun itu yang membawa Argentina memenangi piala Dunia di Qatar tahun lalu akan diperkenalkan Inter Miami dalam satu majlis pada Ahad dan dijangka membuat penampilan pada perlawanan pertamanya Jumaat ini.

Dalam satu kenyataan oleh Messi, dia sangat teruja untuk melebarkan kariernya bersama kelab berkenaan.

"Saya sangat teruja bagi memulakan langkah seterusnya bersa Inter Miami di Amerika Syarikat", katanya.

Kehadiran pemenang tujuh kali anugerah Ballon d'or di Inter Miami daripada Paris Saint Germain menjadi sensasi dan dijangka menarik minat kepada Liga Bola sepak Major (MLS).

Kehadiran Kapten Argentina itu juga dijangka dapat mengubah nasib Inter Miami yang kini berada di tangga tercorot liga dengan hanya mencatatkan lima kemenangan dan tiga seri.

Penampilan pertama Messi pada Jumaat ini ketika Inter Miami turun menentang wakil dari Mexico, Cruz pada perlawanan Piala liga.

Sementara itu,Komisioner Liga Bola Sepak Major (MLS)Don Garber berkata kehadiran Messi di Liga berkenaan seolah-olah memberi pengiktirafan kepada sukan di Amerika Utara.

"Kami gembira dengan kehadiran pemain terbaik dunia (Lionel Messi) yang memilih Inter Miami dan MLS.

Keputusannya adalah satu pengiktirafan kepada momentum kepada liga dan sukan di Amerika Utara", kata Garber.

Messi sebelum ini bermain dengan Barcelona dari tahun 2004 sehingga 2021 sebelum menyertai Paris Saint Germain untuk dua musim dan telah membuat 75 penampilan sepanjang kejohanan dengan 32 gol dan 35 hantaran.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu