BANGKOK, 16 Julai -Jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin menghadiahkan pingat pertama di Kejohanan Olahraga Asia 2023 selepas meraih gangsa dalam acara lempar cakera.
Pada aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional, Bangkok itu, Irfan melakar catatan 59.63 meter.
Pingat emas pula dimenangi oleh atlet dari China Abuduaini Tuergong dengan balingan 61.19 meter, manakala perak pula diraih oleh atlet Kuwait, Eissa Zankawi.
Ini merupakan kali kedua Irfan membawa pulang pingat untuk Malaysia.
Pada edisi 2017,Beliau telah memenangi perak pada kejohanan sama di India.
(Irfan Shamsuddin/FOTO FB majlissukannegaramalaysia)