fb fb fb fb fb

Melaka mohon peruntukan khas KBS bagi selenggara fasiliti sukan

(FOTO RTM)

AYER KEROH, 2 Ogos-Kerajaan Melaka bercadang bagi memohon peruntukkan khas daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menyelenggara fasiliti sukan yang dibina ketika menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) pada 2010 sebelum ini.

Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri, V.P Shanmugam berkata, peruntukan itu bagi menjaga dan menyelenggara segala fasiliti sukan digunakan sepanjang SUKMA, selain mengelakkan kerosakan kepada fasiliti berkenaan.

Katanya, cadangan itu sudah disuarakan kepada Menteri Belia dan Sukan, namun setakat ini belum ada sebarang kata putus.

"Kita tidak mempunyai peruntukan bagi menjaga fasiliti ini.

"Kita dapati fasiliti tersebut rosak dan tidak terjaga tahun demi tahun", katanya pada sidang media Persidangan Kedua, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15, di sini.


(Foto Hiasan/FOTO RTM)

Media Baharu