fb fb fb fb fb

Penyerang import PDRM FC Bruno Suzuki peluk Islam

(Bruno Suzuki sah peluk Islam/FB PDRM FC)

KUALA LUMPUR, 2 Ogos - Penyerang import PDRM FC, Bruno Suzuki sah memeluk Islam di Masjid Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.

Pemain kacukan Jepun-Brazil itu telah mengucapkan dua kalimah syahadah pagi tadi di hadapan Ustaz Arif M. Rajoli.

Detik tersebut turut disaksikan Komandan PULAPOL Kuala Lumpur SAC Noor Hisam Nordin, Timbalan Komandan (Kepolisan Am) PULAPOL Kuala Lumpur Supt. Razali Mohamed Shahid, barisan pengurusan, jurulatih dan rakan sepasukannya.

“Alhamdulillah dengan syukur ke hadrat Allah SWT ingin mengumumkan bahawa pemain PDRM FC, Bruno Suzuki telah memeluk agama Islam. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Allahuakbar,” menurut hantaran di laman Facebook PDRM FC.

Selain PDRM FC, Suzuki yang mula mewarnai kancah Liga Malaysia pada 2017 pernah menyarung jersi Negeri Sembilan FC, Terengganu FC dan Terengganu FC II.

Penyerang berusia 33 tahun itu setakat ini telah menjaringkan empat gol dalam saingan Liga Super musim 2023. - BERNAMA


(Penyerang import PDRM FC, Bruno Suzuki/FB Bruno Suzuki)

Media Baharu