KLANG, 6 September - Majlis Sukan Daerah (MSD) Petaling mempertahankan gelaran Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) ke-15 berturut-turut.
Kontinjen itu menawan 42 pingat emas, 28 perak dan 21 gangsa.
Tuan rumah, MSD Klang pula meraih kedudukan kedua dengan 21 emas, 26 perak dan 26 gangsa, manakala tempat ketiga menjadi milik MSD Sepang yang mengutip 14 pingat emas, 16 perak serta 16 gangsa.
Sementara itu, Anugerah Olahragawan SUKSES disandang Muhamad Daniel Haqiem Azman dari Kuala Selangor yang mencipta dua rekod baharu acara olahraga 200 meter dan 400 meter.
Olahragawati, Sasha Alyssa Philip dari Petaling, turut mencatat tiga rekod baharu dalam acara rejam lembing, lontar cakera dan lontar peluru.
Mereka berdua membawa pulang wang tunai seribu ringgit dan trofi.
Penyerahan trofi disempurnakan EXCO Belia dan Sukan, Mohd Najwan Halimi pada majlis penutup kejohanan di Dewan Hamzah, Majlis Bandaraya Diraja Klang.
Temasya dwitahunan itu berlangsung dari 17 September hingga 5 Oktober, membabitkan lebih 2,300 atlet dari sembilan daerah di Selangor.
SUKSES 2025 mempertandingkan 11 jenis sukan dan 121 acara dengan 401 pingat menjadi rebutan.