LONDON,31 Ogos-Pemain tengah Scotland, Scott McTominay mengakhiri kariernya selama 22 tahun di Manchester United apabila bersetuju menyertai kelab Serie A, Napoli, lapor kelab Liga Perdana Inggeris tersebut pada Jumaat.
McTominay 27 tahun, menyertai kelab gergasi Inggeris itu pada usia lima tahun telah membuat 178 penampilan sejak membuat penampilan pertama pada 2017 menandatangani perjanjian bersama Napoli dengan nilai perpindahan 30.5 juta euro.
"Mctominay akan dirindui oleh semua orang di kelab ini.
"Kelab mengucapkan selamat maju jaya terhadapnya yang akan memulakan lembaran baharu di Serie A", kata Manchester United dalam satu kenyataan.
Kehadiran MacTominay merupakan pembelian kedua Napoli selepas penyerang Chelsea, Romelu Lukaku yang menyertai kelab berkenaan pada Rabu.
McTominay membuat penampilan terakhir buat manchester United Sabtu lalu, apabila dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit-minit terakhir ketika Manchester United tewas 2-1 kepada Brighton & Hove Albion.-REUTERS