fb fb fb fb fb

Dua pemain individu lelaki, SU5 berjaya ke peringkat separuh akhir

FOTO BERNAMA

PARIS, 31 Ogos - Misi memburu pingat emas daripada skuad badminton para semakin bersinar apabila dua pemain individu lelaki kategori SU5 berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Pemain perseorangan para lelaki negara Cheah Lie Hou dengan mudah menumpaskan wakil tuan rumah, Meril Loquette.

Pemenang emas edisi lepas itu dilihat menampilkan aksi cemerlang dan menang dengan straight set 21-10, 21-16.

"Yakin itu mesti ada, saya pun perlu lihat keadaan esok, jadi sekarang apa yang saya harap balik, pulihkan keadaan, tidur secukupnya, jadi esok apabila bangun lebih segar dan bersemangat," kata Cheah Lie Hou.

Terdahulu atlet badminton lelaki negara Muhammad Fareez Anuar berjaya mengesahkan diri ke peringkat separuh akhir selepas berjaya menumpaskan pemain Indonesia Dheva Anrimusthi dalam saingan kumpulan B bagi kategori SU5 semalam.

Atlet berusia 28 tahun itu berjaya menampilkan aksi cemerlang apabila hanya memerlukan 35 minit untuk meraih kemenangan dalam rubber set dental mata 14-21, 21-19 dan 21-19.

Seterusnya anak kelahiran Johor itu akan berdepan pemain Jepun, Taiyo Imai yang hanya melengkapkan jadual di peringkat kumpulan.

TETITIA YUSOFF