MILAN, 31 Ogos-Juara bertahan, Inter Milan membuktikan kehebatannya selaku juara bertahan selepas mudah menewaskan Atlanta 4-0 pada Jumaat.
Kemenangan tersebut merupakan kemenangan kedua berturut-turut pasukan berkenaan.
Pada perlawanan yang dilangsungkan di laman sendiri itu, penyerang Marcus Thuram membuktikan kemampuannya apabila menyumbat dua gol pada minit ke-47 dan 56 untuk mengekalkan rekod tanpa kalah Inter setakat ini.
Lain-lain gol pula dijaringkan oleh Nicolo Barella pada minit ke-11 separuh masa pertama, manakala satu gol hasil kesilapan pertahanan Atlanta, Berat Djimsiti yang tertampan bola ke gawang sendiri.
Sementara itu, Thuram yang ditemui media selepas perlawanan berkata dia sangat berpuas hati dan gembira kerana dapat menjaringkan gol pada perlawanan berkenaan.
"Ia hanya minggu ke-3, ini bukan isyarat kepada sesiapa. Kami cuba mempamerkan persembahan yang baik menentang lawan yang sangat sukar, jadi kami sangat gembira," Thuram, yang dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan, memberitahu DAZN.
Inter Milan bakal bertemu Monza selepas cuti perlawanan antarabangsa, manaka Atlanta bakal melayani Fiorentina pada perlawanan berikutnya.-REUTERS