fb fb fb fb fb

Ugarte sertai United

Pemain Manchester United, Manuel Ugarte/Foto REUTERS

LONDON, 31 Ogos-Pemain tengah Uruguay, Manuel Ugarte menyertai Manchester United dari Paris Saint Germain (PSG) dengan perjanjian lima tahun, kata jurucakap kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Ugarte telah membuat 25 penampilan bersama PSG untuk musim 2023-2024.

Ugarte merekodkan 98 bentesan dan merupakan rekod tertinggi dalam Liga Perancis.

Dia menyertai Manchester United dengan nilai perpindahan kira-kira 50 juta euro dan menandatangani kontrak sehingga 2029 dengan pilihan lanjutan selama setahun.

Pengarah Sukan Kelab Manchester United, Dan Ashworth dalam satu kenyataan berkata pembelian Ugarte merupakan antara empat pembelian yang disasarkan kelab itu musim dalam usaha memperkuatkan pasukan 'Red Devils'.

"Dia merupakan antara pemain tengah yang terbaik dunia dan mempunyai rekod menarik di peringkat kelab dan negara", kata Ashworth.

Sementara itu Ugarte dalam satu kenyataan memaklumkan dia sangat berbesar hati dan berbangga dapat menyertai Manchester United.

"Ia merupakan satu kebangaan dan penghormatan dapat menyertai kelab yang dipuja di seluruh dunia", kata Ugarte.

Manchester United bakal melayani Liverpool pada Ahad selepas tewas kepada Brighton & Hove Albion minggu lepas.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD