(Foto AFP)
AJACCIO, 22 Oktober- Kylian Mbappe menjaringkan dua gol untuk membantu Paris Saint-Germain mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas Ligue 1 dengan kemenangan 3-0 ke atas Ajaccio pada Jumaat.
Mbappe membuka jaringan pada minit ke-24 selepas hantaran jauh yang sempurna daripada Lionel Messi.
Pemain Argentina itu menjaringkan salah satu golnya pada minit ke-79, sebelum Mbappe meraih gol keduanya hanya beberapa minit kemudian untuk memastikan kemenangan 3-0 milik PSG.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan PSG kini melebarkan kedudukannya di puncak Ligue 1 dengan 32 mata manakala Ajaccio masih berduka di kedudukan ke-18.
Sementara Mbappe kini unggul menduduki tempat teratas dalam penjaring terbanyak musim ini dengan 10 gol.-AFP
(Foto AFP)