fb fb fb fb fb

Mbappe kembali berlatih dengan Real Madrid

Kylian Mbappe dan rakan sepasukan menjalani latihan / REUTERS

PHILADELPHIA, 25 Jun- Penyerang Perancis,Kylian Mbappe kembali menjalani latihan bersama Real Madrid selepas terlepas dua perlawanan dalam Piala Dunia Kelab.

Perkara itu disahkan kelab gergasi Sepanyol kepada AFP.

Pemain tersebut dibawa ke hospital minggu lalu gara-gara jangkitan gastroenteritis, menyebabkannya tidak dapat beraksi ketika Los Blancos terikat 1-1 dengan Al-Hilal dan kemenangan ke atas Pachuca, 3-1.

Sementara itu Real Madrid menerusi laman sesawangnya turut memuat naik foto menunjukkan pasukan sedang menjalani latihan di Florida sebelum bertolak ke Philadelphia.

Real dijadual menentang kelab dari Austria, Salzburg dalam perlawanan terakhir kumpulan H esok untuk mencari kemenangan sekali gus mengesahkan slot ke pusingan 16 terakhir.

Keputusan seri juga mampu membawa pasukan itu ke pusingan seterusnya, dengan Manchester City dan Juventus berpotensi menjadi pesaing. - AFP

MOHAMAD KHAIRIE KHALID