CINCINNATI, 26 Jun- Gol tunggal dijaringkan Daniel Svensson pada minit ke-36 membantu Borussia Dortmund mengesahkan slot ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia Kelab selepas menyingkirkan Ulsan HD, 1-0.
Jaringan kemenangan itu, dihasilkan pemain tengah berusia 23 tahun tersebut menerusi rembatan kencang di dalam kota penalti apabila menerima hantaran tepat daripada Jobe Bellingham.
Kejayaan itu juga membolehkan kelab dari Jerman itu bergelar juara kumpulan F dengan kutipan 7 mata.
Bagaimanapun lawan belum ditentukan.
Kelab dari Brazil, Fluminense yang berada di tangga kedua, turut menyertai Dortmund ke pusingan seterusnya meskipun seri tanpa jaringan ketika menentang Mamelodi Sundowns di Florida.
Ulsan pula menamatkan kempen dengan terakhir kumpulan tanpa sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan. - REUTERS