fb fb fb fb fb

England ke akhir Euro Bawah 21 Tahun

Foto AFP

BRATISLAVA, 26 Jun- Dua gol jaringan Harvey Elliott untuk penyandang juara England sudah cukup untuk mereka menewaskan Belanda 2-1 pada Rabu untuk mara ke akhir Kejohanan Eropah Bawah 21 Tahun di Slovakia.

Elliott merupakan sebahagian daripada skuad England yang memenangi gelaran itu pada 2023.

Anak-anak buah Lee Carsley akan menentang sama ada Jerman atau Perancis, pada Sabtu ini dalam usaha memburu gelaran kedua berturut-turut.-AFP

AZRUL FAIZAL JUSOH