fb fb fb fb fb

Max Verstappen sedia hadapi cabaran 2022

FOTO AFP


LONDON, 10 Februari- Juara bertahan, Max Verstappen akui pasukannya Red Bull kini sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan cabaran 2022.

Bukan itu sahaja, beliau juga optimis mampu mempertahankan kejuaraan pada tahun ini menerusi jentera baharu Red Bull.

Jelas beliau, setiap cabaran akan dihadapi dengan sebaiknya malah akan cuba untuk menyesuaikan diri dengan peraturan baharu perlumbaan musim ini.

"Saya fikir tidak ada sebab untuk tiba-tiba menjadi berbeza dan sudah tentu, sebagai pemandu, kini dengan peraturan baru,

"Anda perlu membiasakan diri dengan kereta, bukan seperti anda boleh melompat masuk dan ia hanya peningkatan dari tahun lepas, jadi itu akan menjadi penyesuaian terbesar, tetapi selebihnya agak mudah," katanya.

Prinsipal pasukan, Christian Horner pula mahu Red Bull meneruskan penguasaan mereka.

"Kami mahu memastikan Max dapat mempertahankan kejuaraan namun dengan peraturan baharu, ia pasti lebih sukar."

Perlumbaan Formula Satu (F1) akan membuka tirainya di Litar Antarabangsa Bahrain pada 18 Mac ini. -AFP

Media Baharu