fb fb fb fb fb

Mauricio Pochettino dipecat PSG

PARIS, 16 Jun- Pengendali kelab Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pechettino dipecat kelab gergasi Perancis itu selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.

Pochettino sebelum ini mengendalikan PSG selama 18 bulan dan membantu kelab berkenaan menjuarai Liga Perancis musim ini.

Kelab tersebut berjaya meninggalkan pencabar terdekat, Marseille dengan jurang 15 mata sekali gus menjadi jumlah paling besar dalam lima liga utama Eropah.

Namun, kekalahan PSG kepada Real Madrid di peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara dikatakan menjadi faktor utama kepada pemecatan Pochettino.

Kelab dari Paris itu kini dilaporkan berminat menjadikan jurulatih Nice, Christophe Galtier calon pengganti utama kepada Pochettino selepas mereka membawa Luis Campos sebagai pengarah sukan baharu.

Bekas jurulatih Real, Zinedine Zidane juga sekali lagi dikaitkan dengan PSG meskipun legenda Perancis itu dilaporkan pernah menolak tawaran tersebut.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu