fb fb fb fb fb

Kerajaan akan bincang imbuhan selayaknya buat Harimau Malaya dan Speedy Tigers

KUALA LUMPUR, 16 Jun- Kerajaan akan berbincang mengenai bentuk imbuhan yang akan diberikan kepada skuad Harimau Malaya yang berjaya layak ke Piala Asia selepas 42 tahun, minggu hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata turut dibincangkan samada imbuhan itu akan diberi terus kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau pemain skuad Harimau Malaya.

"Saya akan bincang dengan Menteri Belia dan Sukan dan juga FAM, jadi kita tak tahulah imbuhan adakah imbuhan tu akan diberi kalau ada imbuhan adakah akan diberi terus kepada pemain atau kepada FAM.

"Saya dimaklumkan oleh Presiden FAM mereka perlu mengadakan perlawanan persahabatan di luar negara,"kata Ismail.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Sri Damansara Sentral, Selangor.

Selain itu, tambahnya perbincangan turut akan membabitkan imbuhan yang akan diberi kepada skuad hoki negara yang melayakkan diri ke Piala Dunia 2023.


(Skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023 selepas melakar kemenangan 4-1 ke atas Bangladesh dalam aksi terakhir Kumpulan E)

 


(Skuad hoki lelaki negara berjaya menempah slot ke Piala Dunia 2023, yang dijadual berlangsung di India pada 13 hingga 29 Jan tahun depan)

Media Baharu