fb fb fb fb fb

Liliyana Natsir disenaraikan dalam Dewan Kemasyuran Persekutuan Badminton Dunia

(FOTO AFP)

JAKARTA, 16 Jun- Bekas pemain beregu Indonesia, Liliyana Natsir disenaraikan dalam Dewan Kemasyuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Ini bukti arena sukan badminton negara itu memiliki satu lagi pencapaian yang boleh dibanggakan.

Pengiktirafan terhadap pemenang emas Olimpik dan juara dunia empat kali itu akan diadakan secara rasmi dalam satu majlis pada Kejohanan Terbuka Indonesia yang sedang berlangsung, Sabtu ini.

Presiden BWF, Poul-Erik Hoyer Larsen turut mengucapkan tahniah kepada atlet berusia 36 tahun itu.

(Bekas pemain beregu Indonesia, Liliyana Natsir/AFP)

Menurut beliau, Liliyana yang sebelum ini pernah bergandingan bersama Nova Widiyanto dan Tontowi Ahmad, amat layak menerima penghormatan berkenaan selepas meraih pelbagai pencapaian di peringkat tertinggi sepanjang kariernya.

Selepas melakar rekod cemerlang untuk lebih sedekad, pemain beregu campuran itu bersara pada 2019. -AFP

Media Baharu