KUALA LUMPUR, 16 Jun- Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) susulan pengumuman sasaran 7 pingat emas buat Kontinjen negara ditemasya berkenaan.
Jelasnya, sasaran berkenaan dibuat setelah melalui siri perbincangan antara MOM, Majlis Sukan Negara-MSN, Persatuan Sukan Kebangsaan, NSA serta melihat prestasi atlet negara lain.
"Saya tidak mencampuri urusan berkenaan kerana pihak Majlis Olimpik, persatuan-persatuan sukan kebangsaan, juga pihak MSN lebih tahu tentang prestasi atlet kita yang mereka pantau sepanjang masa,
"Saya hanya memberikan sokongan dan dokongan menyiapkan dasar-dasar yang sesuai untuk memastikan prestasi atlet kita berada ditahap yang terbaik," katanya.
(Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu)
Edisi kali ini negara akan menghantar seramai 102 atlet dengan 58 atlet Kategori A dan B, dan juga 37 atlet yang telah layak akan bertanding di 12 sukan dan 4 sukan para.
Sasaran 7 pingat emas pada temasya yang berlangsung pada 28 Julai hingga 8 Ogos dijangka dicapai menerusi enam sukan iaitu dua menerusi badminton selain gimrama, boling padang, angkat berat, skuasy dan powerlifting, masing-masing disasarakan satu pingat.