fb fb fb fb fb

Masters Kumamoto Jepun 2024: Zii Jia kandas, dua beregu negara mara ke separuh akhir

Lee Zii Jia terkandas di suku akhir Kejohanan Masters Kumamoto Jepun 2024 /Foto FB BAM

KUMAMOTO, 15 November - Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia tumpas dalam aksi suku akhir Kejohanan Masters Kumamoto, Jepun 2024, hari ini.

Zii Jia, pemain ranking ketujuh dunia tumpas 12-21, 21-18 dan 21-18 kepada peserorangan dari Indonesia, Jonatan Christie yang juga pemain ranking keenam dunia.

Dalam perlawanan Gimnasium Wilayah Kumamoto yang mengambil masa 1 jam 04 minit itu, Zii Jia bermula baik apabila menang set pertama 21-12.

Namun pemain yang juga pilihan kelima kejohanan itu gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas set kedua dan set penentuan dengan 18-21.

Sementara itu, beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin turut mengalami nasib sama apabila tewas kepada wakil Thailand Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran 17-21 dan 16-21.

Dalam pada itu, beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pula melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan tuan rumah Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito dengan keputusan 21-16 dan 21-13.

1511 MASTERS JAPAN 1Soon Huat-Shevon menumpaskan beregu Jepun 21-16, 21-13 /Foto FB BAM

Rentak cemerlang pemain negara diteruskan oleh beregu lelaki professional Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn-Tan Wee Kiong.

Gandingan mantap itu berjaya menumpaskan beregu Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin dengan keputusan 21-19 dan 21-19.

1511 MASTERS JAPAN 2 Nur Mohd Azriyn Ayu-Wee Kiong mara ke separuh akhir /Foto FB BAM

Saingan separuh akhir esok, pasangan Soon Huat-Shevon akan berdepan Dechapol-Supissara, manakala Nur Mohd Azriyn Ayu-Wee Kiong akan bertemu Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun.

Trainee