fb fb fb fb fb

Mason Mount ke Manchester United

(FOTO FB fabrizioromanoherewego)

LONDON, 30 Jun-Manchester United dilaporkan bersetuju menandatangani pemain tengah England Mason Mount dari Chelsea dengan kontrak selama lima tahun bernilai £55 juta Pound Sterling ditambah bayaran tambahan sebanyak £5 juta.

Mount 24 tahun akan menjadi pemain pertama yang ditandatangani pengurus Erik ten Hag pada musim panas bagi memantapkan lagi jentera tengah susulan kejayaan Manchester United layak ke Liga Juara musim depan.

Manchester United yang menamatkan kancah Liga Perdana Inggeris di kedudukan ketiga terdesak bagi memperkuatkan jentera serangan dilaporkan melihat kemampuan Mount yang turut mampu berperanan sebagai penyerang menjadi alasan buat Manchester United memburu pemain tersebut.

Sebelum ini Chelsea telah menolak tawaran Manchester United bagi mendapatkan pemain berkenaan. Namun perbincangan yang bersambung minggu ini dijangka meleraikan segala kekusutan.

Difahamkan Chelsea tidak ingin kehilangan khidmat Mount dan merangka perbincangan bagi menawarkan kontrak baharu buat pemain berkenaan yang dijangka tamat pada tahun 2024.

Mount telah menjaringkan 33 gol pada 195 penampilan bersama skuad 'The blues' sejak 2019.

Selain itu, dia turut memenangi Liga Juara pada 2021 dan beberapa kejuaraan seperti Kejuaraan kelab Dunia dan kejuaraan Super Cup bersama Chelsea.-Bbc.com


(Mason Mount/FOTO FB MasonMountOfficial)

Media Baharu