fb fb fb fb fb

Gerardo Martino sertai Messi di Inter Miami

FOTO AFP

FLORIDA, 29 Jun- Bekas jurulatih Barcelona dan Argentina, Gerardo Martino akan menyertai Lionel Messi di kelab Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat , Inter Miami.

Pengendali berusia 60 tahun itu akan mengambil alih pasukan daripada jurulatih sementara Javier Morales, sebaik dokumennya dilengkapkan.

Martino, yang lebih dikenali dengan panggilan "Tata", pernah melatih Messi di Barcelona dan Argentina.

Beliau pernah bermain dan melatih kelab Argentina, Newell's Old Boys, yang menjadi kelab Messi beraksi ketika zaman sekolah.

Tata juga pernah membawa kelab MLS, Atlanta United memenangi kejuaraan pada 2018.

Pelantikan Tata sudah dijangka lebih awal selepas Miami yang menghuni tangga tercorot liga Eastern Conference bertindak memecat jurulatihnya, Phil Neville.- REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu