fb fb fb fb fb

Harimau Malaya kini di rangking ke-137 dunia

Foto FB FAM

KUALA LUMPUR, 29 Jun- Skuad Harimau Malaya naik satu anak tangga di posisi ke-137 dalam kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Ia merupakan kedudukan terbaik Malaysia dalam tempoh 17 tahun sejak berada di posisi ke-127 pada Mei 2006.

Berdasarkan laman web FIFA, peningkatan itu disumbang 9.44 mata yang diraih pasukan negara dalam dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Terengganu bulan ini.

Keputusan positif diraih membolehkan skuad bimbingan Kim Pan Gon mengumpul keseluruhan 1,091.57 mata.

Dalam dua aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, anak buah Pan Gon menewaskan Kepulauan Solomon 4-1 dan membelasah Papua New Guinea 10-0.


(Foto FB FAM)

Media Baharu