fb fb fb fb fb

Pemain veteran, Marta ketuai skuad Brazil ke Piala Dunia Wanita

FOTO REUTERS

RIO DI JANEIRO, 28 Jun- Penyerang veteran, Marta akan mengetuai skuad Brazil memburu gelaran sulung pada kejohanan bola sepak Piala Dunia Wanita yang akan bermula bulan depan.

Legenda yang berusia 37 tahun itu akan beraksi dalam Piala Dunia keenamnya di Australia dan New Zealand selepas berjaya pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut.

Bagaimanapun pengendalinya, Pia Sundhage, tidak menjanjikan penjaring utama Piala Dunia Wanita itu akan disenaraikan dalam kesebelasan utama semasa perlawanan nanti.

"Marta adalah yang terbaik. Saya tidak boleh memberi jaminan beliau akan bermain dalam kesebelasan utama tetapi saya akan beri dia peluang untuk menyumbang kepada pasukan," kata Pia kepada AFP.

Brazil, yang berada dalam Kumpulan F bersama Perancis, Jamaica dan Panama akan memulakan kempen Piala Dunia menentang Panama di Adelaide pada 24 Julai.- AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu