fb fb fb fb fb

Rabiot lanjutkan kontrak bersama Juventus

FOTO AFP

MILAN, 28 Jun- Pemain tengah Juventus, Adrien Rabiot melanjutkan kontrak selama satu tahun untuk terus kekal bersama pasukan sehingga 2024.

Rabiot dilaporkan akan menerima gaji bersih €7 juta euro musim depan.

Pemain berusia 28 tahun itu telah menjaringkan 11 gol sejak menyertai Juventus pada 2019.

Rabiot merupakan salah seorang pemain yang berjaya mengekalkan prestasi cemerlang meskipun Juventus melalui musim terburuk dengan menamatkan saingan liga di tangga ketujuh.

Pasukan itu turut di potong 10 mata liga selepas didapati melakukan kesalahan dalam urusan perpindahan pemain.

Lebih malang, skuad kendalian Massimiliano Allegri itu juga kehilangan slot untuk saingan utama Liga Juara-Juara Eropah musim depan.-AFP


(FOTO REUTERS)

Media Baharu