LIVERPOOL, 21 Januari-Pengurus Liverpool, Arne Slot, percaya masih terlalu awal untuk melabelkan pasukannya sebagai pasukan terbaik di Eropah ketika mereka bersiap sedia menghadapi perlawanan Liga Juara menentang kelab Lille yang sedang berada dalam prestasi cemerlang, pada Selasa.
Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu menewaskan Brentford 2-0 pada Sabtu lalu menerusi gol-gol masa kecederaan oleh Darwin Nunez, yang membuatkan pengurus tuan rumah, Thomas Frank, memberikan pujian kepada mereka.
"Saya rasa masih terlalu awal untuk mengatakan perkara seperti ini.
"Kami masih belum berdepan dengan banyak pasukan," kata Slot mengulas kenyataan Frank itu.
"Tetapi ia sentiasa menyenangkan untuk menerima pujian daripada seorang pengurus yang telah membuktikan dirinya dalam Liga Perdana", jelas Slot.
Liverpool kini mendahului carta Liga Juara dengan kelebihan tiga mata setelah memenangi kesemua enam perlawanan, manakala Lille, di bawah bimbingan Bruno Genesio, berada di tangga kelapan dengan 13 mata, di tempat terakhir untuk kelayakan automatik.
"Apabila kami bermain, kami mahu memenangi perlawanan. Anda mungkin fikir sebagai pendahulu, itu adalah kedudukan terbaik untuk dicapai, tetapi jadual liga ini sangat aneh," kata Slot kepada wartawan pada Isnin.
"Kerana setiap minggu, saya fikir walaupun anda berdepan dengan pasukan di kedudukan bawah.
"Mereka adalah pasukan yang paling sukar untuk dihadapi kerana anda belum pernah bertemu mereka sebelum ini.
"Anda tidak boleh menilai carta kedudukan dan mengatakan siapa yang terbaik sekarang.
"Kami belum bermain dengan pasukan yang sama", tambahnya.
Sementara itu,Slot berwaspada dengan ancaman berkata pasukan dari Perancis itu, yang menewaskan Atletico Madrid 3-1 di tempat lawan dan Real Madrid 1-0 di tempat sendiri dalam dua perlawanan Liga Juara terakhir mereka,
Menurut Slot ia sesuatu perkara menarik yang dikarkan kelab berkenaan.
"Mereka layak untuk setiap mata. Mereka seri dengan Juventus, mengalahkan Atletico Madrid, Real, dan sekarang mereka akan berdepan kami dan kemudian bekas kelab saya, Feyenoord.
"Mereka tidak bernasib baik dengan jadual perlawanan dan itulah sebabnya saya begitu kagum," katanya.
Dalam pada itu, pengendali dari Belanda itu mengesahkan bahawa penyerang Diogo Jota dan pertahanan Joe Gomez belum cergas sepunuhnya untuk perlawanan tersebut, tetapi menegaskan kecederaan yang dialami kedua-dua pemain tidak memerlukan masa yang panjang untuk sembuh.
Slot turut menjelaskan bahawa Darwin Nunez, pemain berusia 25 tahun yang telah menjaringkan enam gol dan memberikan empat 'assist' dalam semua pertandingan selepas kemenangan di Brentford, perlu menunjukkan prestasi yang lebih konsisten.
Nunez menyertai Liverpool pada 2022 dalam perpindahan rekod kelab yang dilaporkan bernilai sehingga 85 juta euro ($88.36 juta).
Selepas menerima kunjungan Lille, perlawanan Liga Juara seterusnya untuk Liverpool adalah menentang PSV Eindhoven di tempat lawan pada 29 Januari.-REUTERS.