fb fb fb fb fb

Marseille capai persetujuan dengan De Zerbi

Roberto De Zerbi bakal menjadi pengendali baharu Marseille/Foto REUTERS

MARSEILLE, 25 Jun-Bekas Ketua jurulatih Brighton, Roberto De Zerbi secara asasnya telah mencapai persetujuan bersama kelab liga 1 Perancis, Marseille untuk menjadi pengurus baharu kelab berkenaan, umum kelab berkenaan pada isnin.

Pengurus berasal Itali berkenaan meninggalkan Brighton musim lepas selepas membimbing pasukan tersebut menduduki tangga ke-11 pada musim keduanya bersama kelab berkenaan.

De Zerbi 45 tahun bakal menggantikan Jean-Louis Gasset.

"Marseille mengumumkan,kelab tersebut telah mencapai persetujuan secara asasnya dengan Roberto De Zerbi.

"Pihak kelab sedang bekerjasama dengan semua pihak terlibat untuk memastikan De Zerbi dan barisan staf kejurulatihannya tiba di kelab ini tidak lama lagi", kata pengurusan kelab tersebut.

Perpindahan De Zerbi ke Marseille dianggap sebagai kejutan buat kelab yang menduduki tangga kelapan Liga Perancis selain tidak layak bermain di kejohanan Eropah.

Sebelum ini, De Zerbi telah dikaitkan dengan Chelsea sebelum kelab tersebut melantik Enzo Maresca sebagai pengendali baharu.

Ketika di Brighton, De Zerbi berjaya membawa kelab berkenaan ke separuh akhir Piala FA dan melayakkan diri ke Liga Europa pada musim pertamanya di kelab itu.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD