MOTEGI, 28 September - Pelumba Ducati Lenovo, Marc Marquez merangkul kejuaraan dunia ketujuh selepas menamatkan saingan MotoGP Jepun di kedudukan kedua hari ini.
Dalam perlumbaan di Tochigi itu, Francesco Bagnaia juga daripada pasukan Ducati Lenovo meraih podium pertama.
Tempat ketiga pula dimenangi pelumba Honda HRC Castrol, Joan Mir.
Keputusan itu sudah cukup untuk meletakkan Marquez, 32 sebagai peneraju keseluruhan untuk saingan musim ini dengan 541 mata.
Ia juga merupakan kejuaraan dunia pertamanya selepas tahun 2019.