fb fb fb fb fb

Marc Marquez yakin kembalikan kejuaraan musim baharu

 



SEPANG, 4 Februari- Pasukan Repsol Honda MotoGP, Marc Marquez mengalami satu lagi kecederaan diluar musim ketika menjalani latihan pada penghujung tahun lalu.

Insiden itu menjadi penghalang untuk beliau kembali ke prestasi sebelum ini sebagai juara dunia enam kali dalam kelas premier.

Bagaimanapun, Marc akan terus berusaha keras dalam memberikan saingan pada perlumbaan MotoGP musim ini.

"Persediaan pastinya sukar terutama dalam musim ini, kerana saya telah tercedera dan tempoh tiga bulan ini sangat sukar, apatah lagi berdepan musim sejuk dalam Winter Test 2022 di Qatar  Mac depan,

"Namun, sejak dua minggu saya lihat prestasi saya semakin baik, dan saya akan mula berlatih dari segi fizikal dan mental. Saya juga akan cuba untuk memahami selok-belok jentera baharu untuk perlumbaan nanti," katanya ketika ditemui media sebelum menjalani Ujian Musim Sejuk 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Marc juga akan cuba melakukan yang terbaik untuk mengembalikan keyakinan bagi memulakan perlumbaan di musim baharu nanti.

Ujian Musim Sejuk 2022 di Litar Antarabangsa Sepang akan berlangsung selama dua hari pada 5 dan 6 Februari.

Media Baharu