fb fb fb fb fb

Aksi persahabatan Palestin-Basque Country dihadiri lebih 50,000 penonton

Aksi persahabatan skuad Palestin di Sepanyol / REUTERS

BILBAO, 16 November - Pasukan bola sepak Palestin telah mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Basque Country di Stadium San Mames, Bilbao, utara Sepanyol, pada Sabtu (15 November).

Perlawanan tersebut dianjur bagi mempromosikan keamanan dan solidariti dengan kehadiran lebih 50,000 penonton yang menyaksikan Palestin tewas 0-3.

Beberapa jam sebelum sepak mula, ribuan penduduk telah berarak di pusat bandar, bukan sahaja untuk menunjukkan sokongan padu terhadap perjuangan Palestin, malah turut menuntut pengiktirafan rasmi pasukan bola sepak Basque Country.

Pasukan Palestin dijadual untuk perlawanan persahabatan seterusnya menentang skuad wilayah Catalonia pada Selasa (18 November).

Perkembangan ini berlaku selepas Sepanyol secara rasmi mengiktiraf negara Palestin pada bulan Mei lalu.

Negara itu kekal lantang mengkritik operasi ketenteraan Israel di Gaza, yang turut mendorong kepada penganjuran beberapa siri protes di seluruh Sepanyol baru-baru ini. - REUTERS

MOHD NORIZWAN BIN SAMAN