fb fb fb fb fb

Piala Dunia 2026: Belgium terpaksa tunggu perlawanan terakhir

Aksi kelayakan Belgium menentang Kazakhstan di Astana Arena / AFP

ASTANA, 16 November - Belgium terlepas peluang untuk mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2026 lebih awal selepas sekadar seri 1-1 menentang Kazakhstan di Astana Arena dalam aksi kelayakan Kumpulan J awal pagi tadi.

Keputusan mengejutkan itu menyaksikan nasib skuad Red Devils kini terpaksa ditentukan pada perlawanan terakhir menentang Liechtenstein pada Rabu (19 November).

Belgium bermula goyah apabila Dastan Satpaev meletakkan tuan rumah di hadapan seawal minit ke-9.

Namun, Hans Vanaken muncul penyelamat apabila menyamakan kedudukan pada awal babak kedua sekaligus memastikan Belgium tidak pulang dengan tangan kosong.

Penjaga gol Kazakhstan, Temirlan Anarbekov menjadi wira buat pasukannya apabila berjaya menafikan beberapa percubaan berbahaya Belgium.

Penjaga gol berusia 22 tahun dari Kairat Almaty itu mempamerkan aksi cemerlang luar biasa, biarpun ini hanya penampilan penuh keduanya di pentas antarabangsa.

Dengan baki satu perlawanan, Belgium kekal menerajui Kumpulan J dengan 15 mata.

Skuad kendalian Rudi Garcia hanya memerlukan keputusan seri pada aksi menentang Liechtenstein di gelanggang sendiri untuk melayakkan mereka ke pusingan akhir Piala Dunia. - AFP

MOHD NORIZWAN BIN SAMAN