PARIS, 29 Oktober- Pemain Perancis, Adrian Mannarino, memanfaatkan sokongan penonton tempatan pada Isnin apabila menyingkirkan pemain nombor 12 dunia, Tommy Paul, pada kejohanan tertutup Paris Masters.
Mannarino, yang berada di ranking ke-58, menang dengan keputusan 6-3, 7-5 di Arena Bercy dan mara ke pusingan kedua untuk bertemu sama ada Zizou Bergs dari Belgium atau veteran Perancis, Richard Gasquet.
Kekalahan tersebut memadamkan harapan Paul untuk layak ke kejohanan akhir musim Masters di Turin pada November.
Pemain nombor 11 dunia, Stefanos Tsitsipas, pula berjaya mengatasi permulaan yang sukar untuk menewaskan Roberto Carballes Baena dengan keputusan 4-6, 6-3, 6-3, lalu melangkah ke pusingan kedua.
"Saya tidak bermula dengan baik. Saya rasa tak sihat dan perut kurang selesa di gelanggang," kata Tsitsipas, yang telah mencapai peringkat separuh akhir di Paris selama dua tahun berturut-turut.-AFP