fb fb fb fb fb

Mancini bakal Pengurus Arab Saudi -Media Arab

(FOTO AFP)

RIYADH, 15 Ogos - Bekas Pengurus Itali, Roberto Mancini disebut-sebut bakal mengambil alih skuad kebangsaan Arab Saudi, kata akhbar sukan berbahasa Arab Arriyadiyah.

Menurut sumber akhbar berkenaan, Mancini dikatakan bakal mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh pengurus sebelum ini, Herve Renard yang tidak disambung kontraknya oleh Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF).

Renard kini dilantik mengemudi pasukan bola sepak wanita negara berkenaan.

Semalam Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) mengumumkan peletakan jawatan Mancini sebagai pengurus pasukan kebangsaan negara itu.

Bekas pemain Sampodoria berusia 58 tahun itu sebelum ini berjaya membawa Itali menjuarai Kejohanan Euro 2020 menewaskan England pada final melalui sepakan penalti di Wembley.

Sekiranya laporan tersebut benar mancini bakal menjadi pengurus ke-49 yang mengendalikan Arab Saudi.

Tugasan pertamanya adalah pada kejohanan kelayakan Piala Dunia 2026 yang bakal bermula pada November depan-Arabnews


(Bekas Pengurus bola sepak Itali, Roberto Mancini/FOTO AFP)

 

Berita Berkaitan:
Mancini ucap 'ciao Azzuri'

 

Media Baharu