fb fb fb fb fb

La Liga: Atletico buka kempen dengan kemenangan

(FOTO AFP)

MADRID, 15 Ogos - Atletico Madrid membuka kempen La Liga dengan kemenangan bergaya menundukkan Granada 3-1.

Penyerang Atletico, Alvaro Morota membuka jaringan tuan rumah pada minit-minit akhir separuh masa pertama hasil kesilapan pertahanan Granada yang gagal mengeluarkan bola di dalam kotak penalti. Kesempatan tersebut diambil Morota yang merembat masuk dari jarak dekat.

Bersambung babak kedua, Granada menyamakan kedudukan 1-1 hasil sepakan Samu Omorodion.

Gol tersebut berpunca hasil daripada kesilapan pertahanan Atletico, Yannick Carrasco yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan pertahanan menyaksikan Gonzalo Villar berjaya melakukan hantaran lintang bagi disudahkan oleh Omorodion bagi gol pertama peribadinya musim ini.

Carrasco menebus semula kesilapannya apabila berjaya menghantar bola ke Memphis Depay yang melepaskan rembatan dari jarak 25 meter bagi gol kedua pasukan Atletico mendahului perlawananan 2-1.

Pengurus Atletico Madrid, Diego Simone memuji peranan Carascco yang memulakan gerakan bagi menghasilkan gol berkenaan.

"Gol tersebut sangat cantik. Saya gembira dengan kerja keras yang dilakukan Carassco. Dia berusaha bagi mendaatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan", kata Simone.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sebelum Marcos Llorente menjaringkan gol ketiga buat Atletico Madrid pada minit-minit akhir perlawanan bagi menjadikan kedudukan 3-1.

Kejayaan tersebut membolehkan Atletico memintas beberapa pasukan seperti Real Madrid,Osasuna dan Rayo Vallecano bagi mendahului liga dengan kelebihan jaringan.-AFP


(Penyerang Atletico Madrid, Memphis Depay meraikan kejayaan menjaringkan gol
pasukan pada perlawanan menentang Granada/FOTO AFP)

Media Baharu