fb fb fb fb fb

Venezuela semakin hampir layak ke Piala Dunia buat kali pertama

Penyokong meraikan kemenangan 2-0 Venezuela ke atas Bolivia - Reuters

CARACAS, 7 Jun - Venezuela menghidupkan peluang untuk ke pusingan 'playoff' kelayakan Piala Dunia 2026 selepas menumpaskan Bolivia 2-0 dalam aksi di Stadium Monumental de MaturĂ­n semalam.

Kemenangan itu disambut dengan penuh kegembiraan oleh penyokong tuan rumah.

Kejayaan itu membuatkan Venezuela yang kini berada di kedudukan ke-47 dunia, semakin hampir untuk mencipta sejarah dengan layak ke Piala Dunia buat kali pertama.

Perlawanan penting menentang Bolivia itu turut ditayangkan melalui skrin besar di beberapa lokasi sekitar ibu negara berkenaan.

"Kami berikan segalanya, kami akan layak dan merealisasikan impian setiap rakyat Venezuela untuk menyaksikan pasukan kami di Piala Dunia," kata seorang penyokong.

Pasukan tuan rumah mendahului seawal minit kelima permainan melalui jaringan sendiri pemain pelawat, Hector Cuellar.

Kapten dan penjaring terbanyak Venezuela, Salomon Rondon, pula menjaringkan gol kedua pada minit ke-30 hasil bantuan Nahuel Ferraresi, di hadapan 52,000 penyokong.

Dengan kemenangan ini, Venezuela mengumpul 18 mata dan kekal di tangga ketujuh dalam kedudukan kumpulan, hanya satu tangga sahaja lagi daripada kelayakan secara automatik.

Manakala pasukan yang menamatkan saingan di tempat ketujuh akan memasuki pusingan playoff.

Venezuela akan menentang Uruguay di Stadium Centenario pada Selasa ini, manakala Bolivia akan menjadi tuan rumah kepada Chile di Stadium El Alto pada tarikh sama.- REUTERS

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK