LONDON, 15 Ogos -Moises Caicedo kini sah bergelar pemain baharu Chelsea.
Kelab berkenaan dilaporkan melengkapkan pembelian pemain tengah Ecuador itu awal pagi tadi.
Menurut laporan, The Blues membayar £115 juta pound bagi mendapatkan Caicedo.
Bayaran berkenaan merupakan nilai perpindahan tertinggi baharu yang direkodkan di Liga Perdana Inggeris.
Bekas pemain Brighton berusia 21 tahun itu bersetuju mengikat kontrak lapan tahun di Stamford Bridge, dengan pilihan tambahan setahun lagi.
Ini merupakan kali kedua Chelsea memecahkan rekod perpindahan selepas membelanjakan £106 juta pound untuk membawa Enzo Fernandez dari Benfica pada Januari lalu.
Caicedo sebelum ini turut mendapat tawaran daripada Liverpool, namun ditolak pemain tersebut.-AFP
(Moises Caicedo dalam satu sidang media di London/FOTO AFP)