fb fb fb fb fb

Manchester United dapatkan pengurus baharu, Erik ten Hag

MANCHESTER , 21 April- Pasukan gergasi eropah, Manchester United telah mengesahkan berjaya mendapatkan khidmat Erik ten Hag sebagai pengurus baharu.

Tindakan tersebut dibuat sebagai usaha memperbaiki prestasi pasukan selain memulakan perancangan untuk musim baharu.

Jurulatih kelahiran Belanda itu dijadual memulakan tugas bahru bagi menggantikan pengurus sementara, Ralf Rangnick selepas tamat musim ini.

United dikatakan membayar pampasan hampir 2 juta pound kepada Ajax, kelab yang dibimbingnya sekarang untuk melepaskan ten Hag.

Pengendali berusia 52 tahun itu telah menandatangani kontrak tiga tahun dengan pilihan tambahan untuk setahun lagi.

Ten Hag menerusi muat naik di laman sesawang United meluahkan rasa terujanya dan sedia berdepan cabaran yang menanti.

Beliau sebelum ini telah membimbing Ajax selama lebih 4 tahun.-AFP


(Pengurus baharu Manchester United, Erik ten Hag/AFP)

Media Baharu