fb fb fb fb fb

JR Resources Sdn Bhd semakin hampir jadi pemilik baharu Perak FC

IPOH, 21 April- Proses rundingan penjualan Perak FC kepada JR Resources Sdn Bhd berjalan lancar.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Yunus Zakariah.

"Pihak pengurusan Impact Media and Communications (IMC) Sdn Bhd telah menandatangani resolusi penjualan Perak FC pada Rabu," kata kenyataan itu.

Pada masa sama, semua ahli lembaga pengarah kelab itu juga telah menandatangani dokumen perletakan jawatan masing-masing.

Dalam pertemuan itu, JR Resources Sdn Bhd hanya diwakili oleh peguam dan pembantu tanpa kehadiran pengarah syarikat tersebut.

Justeru, satu pertemuan akan diadakan pada minggu hadapan bagi melengkapkan proses pengambilalihan Perak FC.

Pihaknya juga telah memohon untuk melanjutkan tempoh pembayaran tunggakan gaji daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Pada 16 April lalu, IMC dalam satu kenyataan bersetuju untuk menjual Perak FC kepada JR sekaligus menjadi pemilik baharu pasukan.


(Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Muhammad Yunus Zakariah)

Media Baharu