fb fb fb fb fb

Malaysian Tigress harungi enam aksi persahabatan di Perth

KUALA LUMPUR, 4 Ogos - Skuad hoki wanita kebangsaan akan menempuh enam aksi dalam siri jelajah perlawanan persahabatan menentang pasukan negeri dan kelab Australia di Perth, bermula 6 hingga 18 Ogos ini.

Siri jelajah itu merupakan antara medan persediaan Malaysian Tigress bimbingan Nasihin Nubli Ibrahim, sebelum menghadapi cabaran getir di temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, September ini.

"Perlawanan persahabatan ini juga, kami akan guna bagi meningkatkan lagi keserasian dalam kalangan pemain serta ruang untuk pemain lebih memahami taktikal yang diterapkan oleh pasukan. Salah satu lawan kami ialah Perth Thundersticks iaitu pasukan negeri dan menyertai liga tertinggi Australia.

"Selain itu pasukan ini (Perth Thundersticks), turut mempunyai barisan pemain dalam skuad latihan kebangsaan, serta memiliki bekas pemain kebangsaan senior dan remaja Australia," kata Nasihin Nubli dalam kenyataan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

Beliau berkata enam pemain remaja yang beraksi di Piala Remaja Asia di Jepun pada Mei lepas, turut dibawa ke Perth bagi memberi mereka peluang membuktikan kemampuan, untuk meneruskan kesinambungan pola pemain skuad kebangsaan.

"Pemain berusia 20 tahun, Anith Humaira akan membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan," katanya.

(FOTO FAIL)

Di Perth, skuad kebangsaan akan menentang Perth Thundersticks sebanyak empat kali iaitu pada 7, 9, 11 dan 13 Ogos, diikuti aksi berdepan Warrick (14 Ogos), sebelum menamatkan siri jelajah itu bertemu Freo pada 16 Ogos. - BERNAMA

Media Baharu