fb fb fb fb fb

Malaysia anjur Piala Dunia Sepak Takraw 2024

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 5 November- Malaysia diberi penghormatan buat kali kedua oleh Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Kejohanan antarabangsa itu akan berlangsung di Stadium Titiwangsa pada 17 hingga 27 Mei tahun depan.

Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata, kejohanan yang kali terakhir dianjurkan Malaysia pada 2011 akan melibatkan penyertaan dari 20 negara.

ISTAF bersetuju memberi pengiktirafan tersebut kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) bagi penganjuran Piala Dunia itu.

PSM menggalas tanggungjawab mencari peruntukan serta penajaan menganjurkan kejohanan berkenaan yang dianggar kira-kira RM2.3 juta.

Sebelum ini, Piala Dunia Sepak Takraw 2022 berlangsung di Daejeon, Korea Selatan dengan Malaysia berjaya membawa pulang satu perak dan gangsa, masing-masing dalam acara regu lelaki dan regu wanita.

SITI AISHAH BINTI MD ISA