fb fb fb fb fb

Piala Sultan Nazrin Shah, Piala Tunku Zara buka tirai esok

Presiden Persatuan Hoki Perak, Datuk Mohd Sayuti Abdul Samat

IPOH, 5 November- Piala Sultan Nazrin Shah dan Piala Tuanku Zara bakal membuka tirainya, esok hingga 11 November.

Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa itu akan berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Presiden Persatuan Hoki Perak, Datuk Mohd Sayuti Abdul Samat berkata kejohanan itu merupakan sebahagian daripada persiapan pasukan kebangsaan bagi berhadapan saingan Piala Asia yang dijadual berlangsung pada Mei 2024.

"Ini adalah piala kejohanan baharu menggunakan nama Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah. Kejohanan yang cukup hebat dan akan berlangsung mulai esok.

Dahulunya, tempoh kejohanan ini disediakan khusus untuk Piala Sultan Azlan Shah," kata Mohd Sayuti kepada pemberita dalam sidang media Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa di Ipoh.

Kejohanan tersebut melibatkan penyertaan pasukan Malaysia, Switzerland, Australia, New Zealand, Namibia, Afrika Selatan dan Hong Kong.

"Apabila kita bertanding dengan pasukan yang lebih tinggi ranking daripada kita. Jadi, kita amat berharap perlawanan yang kita tempuh nanti.

Kejohanan ini mempunyai kualiti dan akan memberi pendedahan yang secukup-cukupnya kepada pemain kita," jelas Shurizan Mansor, pengurus pasukan kebangsaan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM