fb fb fb fb fb

Malaysia tewaskan Singapura, 2-1

Aksi pemain Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 September - Malaysia meraih kemenangan selepas menundukkan Singapura 2-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Gol pembukaan skuad Harimau Malaya dijaringkan Stuart John Wilkin pada minit ke-26 sebelum Joao Vitor Brandao Figueiredo menambah gol kedua pada minit ke-53.

Singapura cuba bangkit menerusi jaringan Ilhan Fandi Ahmad pada minit ke-71, namun kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Perlawanan turut menyaksikan Arif Aiman Hanapi digantikan oleh Romel Morales pada minit ke-78, dengan pengadil menambah empat minit masa tambahan.

Kemenangan ini memberi suntikan semangat buat skuad kendalian Peter Cklamovski menjelang aksi persahabatan seterusnya menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, Isnin depan.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID