fb fb fb fb fb

Malaysia Masters: Zii Jia kalahkan pemain Hong Kong mara ke final

Zii Jia kalahkan pemain Hong Kong mara peringkat akhir/Foto Badminton Photo

KUALA LUMPUR, 25 Mei - Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila berjaya menempah slot ke peringkat akhir kejohanan Malaysia Masters 2024.

Saingan yang berlangsung di stadium Axiata Arena sebentar tadi menyaksikan pemain di ranking ke-10 dunia menampilkan aksi cemerlang apabila berjaya menumpaskan pemain Hong Kong, Ngah Ka Long. 

Beliau yang merupakan pemain pilihan ke-5 hanya memerlukan 43 minit untuk meraih kemenangan straight set 21-11 dan 21-19. 

Pemain nombor 10 dunia itu optimis akan memberikan persembahan terbaik bagi pentas akhir esok.

Esok dipentas akhir Zii Jia akan berdepan pemain pilihan pertama dari Denmark, Viktor Axelson.

Pencapaian terbaik Zii Jia yang berusia 26 tahun dalam Malaysia Masters adalah peringkat separuh akhir pada 2020 apabila dia tunduk kepada juara pertandingan itu Kento Momota, manakala dia mara ke suku akhir pada 2019.

GRACE AISYAH KEDAYAN