fb fb fb fb fb

Liga Super: Sabah benam Kuching City FC di laman sendiri

Sabah FC mengekalkan rentak kemenangan pada aksi awal Liga Super selepas membenam Kuching City 2-1 di Stadium Likas/Foto Sabah Football Club

KOTA KINABALU, 25 Mei - Sabah FC menewaskan Kuching City FC 2-1 pada aksi awal Liga Super yang berlangsung di Stadium Likas, sebentar tadi.

Kemenangan itu sekali gus mengekalkan rentak kemenangan Sabah dengan memperoleh tiga mata.

"Penting untuk kita dapatkan 3 mata penuh ini sudah tentu akan menyuntik lagi semangat para pemain sebelum kita berehat dengan kalendar FIFA selepas ini kita akan kembali dengan piala FA dan saya harap kita akan bertambah baik dengan sekarang dan kita perlu lebih konsisten selepas ini," kata Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee.

Kuching City FC mendahului gol pertama menerusi dijaringkan pada minit ke-64 oleh Pedro Henrique.

Skuad Badak bangkit menjaringkan Gol penyamaan melalui penyerang Sabah FC, Darren Lok melalui sepakan penalti pada minit ke- 75 perlawanan.

Gol penyamaan tersebut dijaringkan selepas Kwang Min Ho dijatuhkan oleh pertahanan Kuching City FC dan Sabah FC diberikan sepakan penalti oleh pengadil Ahmad Zuhaidi Dzulkifli menerusi keputusan VAR.

Gawang Kuching City FC terus diasak oleh Sabah FC yang berjaya merubah kedudukan 1 gol dihadapan Kuching City FC pada minit ke-84 melalui Jafri Chew yang dimasukkan menggantikan Darren Lok.

"Mereka telah memberikan segalanya malam ini kami tidak layak kalah jika kita melihat keseluruhan perlawanan, kita berjaya menyukarkan Sabah cuma saya rasa usaha kami tidak dapat membawa pulang 3 mata dan kami harus menerimanya," kata Ketua Jurulatih Kuching City FC, Aidil Shahrin Sahak.

Perlawanan seterusnya Sabah FC akan meneruskan aksi liga super bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 13 Julai depan di Stadium Likas.

GRACE AISYAH KEDAYAN