fb fb fb fb fb

KBS gesa polis percepat siasatan kes simbah asid Faisal Halim

Hannah Yeoh ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 Persatuan Olahraga Master Malaysia

PETALING JAYA, 26 Mei- Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap PDRM dapat mempercepatkan siasatan berhubung isu Faisal Halim.

Ia bagi memudahkan pihak kementerian untuk mengambil tindakan selanjutnya sekali gus menamatkan teka teki nasib yang menimpa pemain bola sepak negara itu.

"Kita masih menunggu hasil siasatan polis dan saya juga mengingatkan Ketua Polis Negara untuk pastikan siasatan itu cepat kita boleh selesaikan supaya rakyat yang risau dapat kelegaan sedikit.

"Selagi tidak ada hasil siasatan susah untuk mengambil langkah kerana kita tidak tahu motif pelaku, kita tidak tahu sama ia adalah 'one off' atau ada sebab-sebab lain yang kita tidak tahu kalau tanpa siasatan polis,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 Persatuan Olahraga Master Malaysia di Petaling Jaya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE